Studying Help Online
Fact Monster
4Kids.org
BM, M3, Sn
Kiddy-House (Pre-School)
How To Study
Mind Tools
Coping With Exam Stress
Feelings
KakakTua
Portal Pendidikan Utusan
MyETutor
Malaysia Student Network
Net Cousins
Next Tutor Level Network
Catchatutor



Random Family Guy Quotes






This free script provided by
JavaScript Kit





Would You Like me to design one for you just like the ones above?

Terlalu Banyak Berpolitik

Menjejaskan Kemajuan dan Pertumbuhan Negara !

 

Sama ada disedari atau tidak, kita terpaksa mengakui bahawa dalam menjalani kehidupan kita seharian, kita terlalu banyak berpolitik. Kita tidak hanya sekadar berpolitik ketika musim menjelang pilihanraya, tetapi kita terus berpolitik sehinggalah menjelangnya pilahanraya berikutnya lima tahun selepas itu. Ini bererti kita berpolitik setiap hari selama lima tahun. Ini adalah hakikat. Ia bukan sahaja diamalkan oleh parti politik yang memenangi pilihanraya, dan sekarang ini memerintah di peringkat persekutuan malah juga oleh sebuah parti lain yang memenangi pilihanraya serta memerintah di sebuah negari di pantai timur. Serupa. Semua parti politik sama ada yang berjaya dalam pilihanraya dan diberikan peluang memerintah atau parti yang kalah mempunyai kecenderungan dan amalan berpolitik sepanjang masa begini.

 

Ini mungkin berlaku kerana kejahilan dan gagal memahami atau sengaja tidak mahu menghayati tuntutan ideoligi negara, perlembagaan dan Rukun Negara atau mempunyai matlamat “ada udang di sebalik batu”; lalu sengaja secara sedar melanggar semua perinsip. Sekiranya mereka menganggap semua rakyat Malaysia yang tidak menyertai mana-mana parti politik sebagai jahil dalam urusan berpolitik, maka mereka perlu berfikir banyak kali. Rukun Negara jelas manyatakan perkara berikut:

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Pada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Selain “Kepercayaan Kepada Tuhan” dan *bertakwa (*bagi orang Islam), “Kesetiaan Pada Raja dan Negara” perlu dijadikan pedoman dalam urusan pemerintahan dan amalan kewarganegaraan seseorang rakyat negara ini, tidak kira sama ada seseorang itu ahli parti yang memerintah atau ahli parti yang tidak memerintah. Hatta, mereka yang tidak berparti sekali pun. Istilah “Kerajaan Barisan A” atau istilah “Parti Pembangkang” sebenarnya tidak sepatutnya wujud. Apa yang perlu wujud adalah “Kerajaan Malaysia” dan “parti di luar kerajaan”. Semua pihak adalah dituntut untuk membangunkan negara secara sepadu. Gabungan semua rakyat Malaysia tanpa mengira parti politik yang mereka anuti, bersama-sama berusaha untuk membangunkan negara dan memajukan rakyat boleh membuahkan hasil yang lebih baik daripada amalan sekarang di mana ahli parti yang memerintah mengenepikan sumbangan ahli parti yang berada di luar kerajaan. Semua pihak dituntut supaya setia kepada Raja dan Negara. Tidak wujud perinsip supaya setia kepada parti politik dalam Rukun Negara. Oleh itu ahli-ahli parti yang tidak memerintah juga tidak boleh melihat kerajaan yang memerintah sebagai mush parti mereka, kerana kerajaan adalah pemerintah; bukannya parti politik.

 

Kerajaan yang berpegang kepada perinsip “Keluhuran Perlembagaan” akan sentiasa mempastikan setiap rakyat mendapat peluang yang sama di sisi perlembagaan. Sekiranya ini tidak diamalkan, maka berlakulah penyelewengan di mana hanya ahli parti yang memerintah akan mendapat segala kemudahan dan peluang yang disediakan. Manakala rakyat yang menjadi ahli parti yang tidak memerintah dan mereka yang tidak berparti akan terpinggir dan teraniaya. Kerajaan yang menyelewengkan urusan pemerintahanya tidak akan dapat:

 

Mewujudkan kekukuhan dalam  perpaduan
Memelihara cara hidup yang demokratik
Mencipta sebuah masyarakat yang adil
Menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai
Membina masyarakat progresif yang akan mengunakan sains dan teknologi

Di samping itu  Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf hak-hak asasi rakyat selaras dengan prinsip keadilan sejagat.  Hak-hak asasi ini penting bagi memastikan pemerintah tidak bersikap zalim dengan menindas hak dan kepentingan rakyat.  Hak asasi ini tidak bersifat mutlak tetapi sebaliknya ia tertakluk kepada batasan-batasan yang ditentukan oleh perlembagaan. Tiga bentuk batasan adalah agama dan budaya, hak orang lain dan kepentingan awam. Batasan-batasan ini wujud bagi mengelakkan sesuatu hak seseorang itu tidak melanggar hak orang lain di samping bagi menjamin kepentingan awam. Di samping itu hak asasi juga tertakluk kepada peraturan agama dan moral masyarakat.

 

            Perlembagaan Malaysia memberi jaminan hak untuk hidup bebas.

 

            Selain itu Perkara 7 dalam perlembagaan menjamin hak untuk tidak diadili lebih dari sekali. Perkara 8 dalam perlembagaan menjamin hak persamaan. Perkara 10 menjamin hak bersuara, berhimpun dan berpersatuan. Perkara 11 menjamin kebebasan beragama. Manakala Perkara 13 menjamin hak memiliki harta.

 

            Hak tersebut di atas adalah menjadi hak setiap individu rakyat Malaysia tanpa mengira parti politik anutan mereka dan terpakai juga kepada mereka yang tidak berparti. Justeru itu ungkapan “Kerajaan Parti A” atau “Kerajaan Parti B” sepatutnya tidak wujud. Kita sudah hampir 50 tahu mencapai kemerdekaan. Sudah sampailah masanya kita berpegang kepada yang benar. Kerajaan yang memerintah perlu lebih “sporting” dan telus dalam memerintah.  Elakkan diri daripada memberikan gambaran sama ada melalui ucapan atau tindakan seolah-olah yang memerintah adalah parti politik.  Setiap buah fikiran dalam urusan memerintah juga merupakan fikiran parti politik yang memerintah sahaja. Buah fikiran orang lain semuanya buruk belaka, apa lagi kalau buah fikiran itu datangnya dari parti lawan ketika dalam pilihanraya. Jika dijemput menjadi ahli panel forum seperti “Forum Perdana” di TV, ahli panel berperang menegakkan pandangan politik masing-masing. Pengerusi forum pula memburukkan keadaan dengan bersikap condong kepada parti tertentu. Ini kurang sihat. Sesungguhnya, ini semua sepatutnya tidak berlaku. Apa yang penting sekarang adalah usaha membina negara dan rakyat. Parti apa pun yang bercakap di TV perlu lupakan pendapat sempit kepartian mereka. Kita perlu menyuarakan pendapat kita sebagai rakyat demi negara. Peserta parti yang memerintah perlu ketepi keegoan mahu menunjukkan kuasa. Ini sebenarnya memualkan ramai penonton-penonton yang rata-rata terpelajar dan bukan ahli mana-mana parti politik. Kita jangan lupa bahawa kita sudah 49 tahun merdeka.

 

            Marilah kita sama-sasa berusaha demi negara dan rakyat. Insya’Allah dengan cara itu kita akan cepat mencapai kemajuan. Usahkan dalam 2020, malah dalam 2010 pun kita boleh mencapai status negara maju jika kita sanggup korbankan candu kepartian selepas kita memenangi pilahanraya. Simpanlah perbalahan politik itu selama lima tahun. Kita keluarkannya semula ketika menjelang pilihanraya yang lain pula.

 

Cuba kita tinjau apa yang berlaku kini. Konsep federalisme sepatutnya bukan sekadar pembahagian kuasa bahkan juga melibatkan semagat kerjasama dan kesepakatan.  Namun begitu semangat sebegini kurang menyerlah di Malaysia kerana  pembahagian kuasa yang wujud adalah tidak seimbang iaitu kerajaan persekutuan mempunyai kuasa yang jauh lebih besar dari kerajaan negeri. Selain itu Parti B yang memerintah di sebuah negeri melaksanakan bermacam perkara yang mencerminkan idea Parti B demi kepentingan part B. Parti A yang memerintah di peringkat persekutuan pula melakukan bermacam perkara yang anti Parti B agar Parti B tumbang dalam pilihanraya akan datang. Dan, ini berterusan selama lima tahun. Ini semua adalah tindak tanduk mereka yang kecanduan politik. Mereka yang seperti ini tergolong dalam kumpulan  yang  mengenepikan perlembagaan serta menolak kepentingan rakyat secara umum. Bayangkanlah, rakyat Malaysia berjumlah lebih 22 juta. Berapa ramaikah yang menjadi ahli parti politik. Tak sampai 6 juta rakyat Malaysia menyertai parti politik. Adakah lebih 16 juta rakyat yang tidak berpolitik itu perlu menjadi mangsa hanya 6 juta yang berpolitik.

 

Ayuh! Marilah kita berhenti berpolitik sepanjang masa. Marilah kita hadkan usaha berpolitik itu sebaik saha parlimen dibubarkan. Selepas kerajaan dibentuk seperti sekarang ini, eloklah kita berusaha bersama-sama membina negara.

 

Sekiranya kita berkunjung ke Terengganu kita akan dapat melihat bendera  sebuah parti yang dulunya diberikan mandate memerintah Terengganu selama satu penggal berkibar di banyak tempat. Kerajaan yang memerintah sekarang pula menaikkan papantanda yang berbunyi, “PROJEK KERAJAAN a ……..” di tapak-tapak projek kerajaan. Dulu, ketika Terengganu diperintah oleh parti B, papan tanda projek berbunyi, “PEROJEK KERAJAAN PERSEKUTUAN……”. Kerajaan B pula menaikkan papantanda yang berbunyi, “PROJEK KERAJAAN B ……”. Tidakkah ini semua mencerminkan usaha-usaha berpolitik sepanjang lima tahun dan kadangkala boleh juga diistilahkan sebagai “bermain politik”. Mereka lakukan itu semua untuk mendapatkan “milage” politik masing-masing. !6 juta rakyat bukan ahli politik menjadi mangsa kerana banyak wang dan tenaga tidak di juruskan kepada usaha membangunkan Negara dan rakyat.

 

Ciri-ciri dan amalan semasa yang menuju kea rah bekerjasama tanpa perlu bersandar kepada parti ialah keahlian Dewan Negara yang terdiri daripada mereka yang dilantik. Walaupun masih jauh daripada memuaskan, unsure-unsur mengundang semua pihak telah pun wujud. Ini boleh dijadikan asas dan sepatutnya diamalkan juga dalam semua jawatankuasa dan suruhanjaya sama ada di peringkat persekutuan  atau negeri; hatta, daerah sekalipun. Ketepikan parti yang seseorang individu itu anuti demi kemajuan bangsa dan Negara Malaysia terchinta. Mereka perlu duduk bersama dan putuskan bersama sebarang resolusi untuik kebaikan Negara dan bangsa Malaysia. Sesungguhnya inilah kunci kepada kejayaan sesebuah Negara.

 

Ingatlah bahawa sesebuah kerajaan tidak hanya memerintah ahli partinya sahaja sebagai rakyat. Kerajaan memerintah seluruh rakyat. Setiap orang rakyat mempunyai hak yang sama dalam sesebuah Negara seperti Malaysia. Seseorang wakil rakyat dipilih oleh rakyat menerusi  peti undi  dalam pilihanraya. Mereka mahukan agar mereka berkhidmat kepada mereka; bersuaha memajukan mereka dan membantu ketika dalam kesusahan.  Mereka perlu membalas budi rakyat. Mereka bukan dilantik untuk menjadi “Tuan” kepada rakyat. Mereka tidak dilantik untuk mengarahkan rakyat buat itu dan ini. Ingatlah, tanpa rakyat siapalah mereka. Kerana menikmati gaji besar, kereta besar dan rumah besar adalah kerana diundi oleh rakyat. Oleh itu wakil rakyat perlu bekerja keras tanpa perlu terlalu banyak “bermain” politik.

 

Sekiranya cerita parti ditutup selama lebih 4 tahun di luar musim pilihanraya, sikap buruk sangka dan prajudis antara parti-parti politik akan “tersimpan” ( Genjatan Politik ) rapi. Inilah rahmat yang amat besar kepada Negara. Semua rancangan tidak akan tergendala. Kemajuan akan dating bertubi-tubi; yang pipih datang melayang dan yang bulat datang bergolek. Taida lagi halangan. Tiada lagi rintangan.

 

Sekiranya apa yang dirarankan ini dapat diusahakan untuk dilaksana, sudah tentu rasuah, salahgunakuasa dan penyelewengan harta kerajaan tidak akan berlaku. Kerajaan tidak lagi mahu menggunakan kemudahan kerajaan untuk kepentingan politik. Akan terhindarlah kita daripada orang kerajaan yang menggunakan tiket penerbangan kerajaan untuk kepentingan parti. Sesungguhnya kerajaan bukanya parti dan parti bukannya kerajaan. Untuk mencapai “milage” politik mereka hendaklah menggunakan wang politik walaupun parti mereka diberikan mandat untuk memerintah berdasarkan “Keluhuran Perlembagaan” dan “Kedaulatan Undang-undang”.  Wallahu’alam

I would be too glad to design web pages of this kind
for all of you, peafowls and pheasants lovers and others out there.
Don't hesitate to let me fulfill your imaginations
with images and colours of your choice.

(Waste no time. The decision is yours. The job is my pleasure!)
Pages: Home Flowerhorn Photography Medical Chat Room HTML

cg.1@email.com|| Terengganu Portal|| Nombor Telefon Penting|| Birds||
Sekolah Berinternet,Trg.|| ICT e-CENTRE
||

Hosted by