Sorry, your browser does not support Java


Saya, dengan ikhlas
menawarkan untuk mencipta
laman sebegini untuk anda
secara PERCUMA.


Guru Besar
SKTB.
K.TERENGGANU
1992 - 1999
HAJI WAN OMAR BIN MAHMUD,
AMN., PJK.



Beliau anak watan Terengganu dan dilahirkan pada 15-12-1944 serta telah bersara pada 15-12-1999. Beliau berpendidikan Melayu dan Inggeris dan memasuki maktab perguruan dalam tahun 1964. Beliau lulus dalam tahun 1966 dan mula menjadi guru terlatih pada 1967. Beliau mengajar di beberapa buah sekolah rendah sebelum dipindahkan mengajar di sekolah menengah mulai tahun 1975 setelah lulus HSC dalam tahun 1973.

Dalam 1982 beliau mengikuti kursus setahun dalam bidang teknologi pendidikan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Kemudian, pada pertengahan 1986 dilantik sebagai pengawai penyelaras Pusat Sumber Daerah, Kuala Terengganu dan pada tahun yang sama dilantik pula sebagai Penolong Kanan sekolah menengah.

Dalam 1987 beliau dilantik menjadi pengetua sekolah menengah dan sempat menjadi pengetua di tiga buah sekolah menengah. Kemudian dalam tahun 1991 beliau kembali ke pangkuan sekolah rendah sebagai Guru Besar sekolah gred A. Kini beliau bertugas di sekolah ini semenjak 1992.

Selain bertugas sebagai pendidik beliau terlibat sebagai tenaga pengajar dalam kursus anjuran jabatan dan PPD serta telah menyampaikan kursus kepada guru-guru, Guru Besar dan Pengetua dalam bidang Teknologi Pendidikan, Teknologi Maklumat (IT dan HTML termasuk Pembinaan Laman Web), Pengurusan Cemerlang, ISO 9000, TQM serta photography.

Kemuncak perkhidmatan beliau ialah bila beliau dihantar berkursus di Toronto, Ontario, Canada pada tahun 1994 dalam "Special Certificate in School Leadership" dan menjelajah Amerika Utara sebanyak dua kali. Beliau pernah diamanahkan oleh JPNT untuk menyampaikan kertas kerja dalam Seminar Pendidikan Kebangsaan di IAB. Beliau juga mahir dengan komputer dan pakar dalam pembinaan laman web dan HTML. Sebagai bukti, keseluruhan laman web sekolah ini adalah hasil kerja beliau sendiri. Beliau juga webmaster kepada laman "Terengganu Edu-Mega Web" JPNT dan banyak laman lain di internet.Beliau sedang giat berusaha untuk menyebarkan ilmu pembinaan laman web kepada warga Negeri Terengganu Darul Iman khususnya, insya'Allah.

.

cg.1@email.com Tel:012-9588500